RSS

layan rambutan


Gambar ini diambil sewaktu Yasin balik bercuti di kampung Parit Tok Ngah sempena hari raya haji yang baru lalu. Kebetulan masa tu musim buah rambutan tengah lebat. Jadi apa lagi... pagi-pagi layan rambutan laa... Memperkenalkan di sebelah Yasin tu sedara sepupu Yasin... Siti Balqis.

Open Hospital


Gambar ini diambil sewaktu open house unit hemodialisis Hospital Putrajaya akhir Syawal lepas. Biasa la dari kiri Kaklong, Abang Iwan, Yasin dan Kak Syada.

keluargaku


Sebenarnya gambar ni dah lama di ambil. Masa ni Yasin darjah dua. Mari Yasin perkenalkan. Di saf depan dari kiri tu Kaklong, tengah tu Yasin dan kanan sekali Kak Syada. Saf belakang pulak dari kiri Abang Iwan, Abah, Mama dan Angah. Bukan senang nak berkumpul dan bergambar satu keluarga gini sekarang.

jadi ketua


Gambar ini diambil di atas tangga rumah Paklang. Masa tu Paklang buat kenduri pertunangan Kak Dila (anak Paklang). Jadi Yasin dilantik sebagai ketua menjaga sedara-sedara kecik tu supaya tidak serbu naik ke rumah pengantin. Tengok la selipar dan kasut kat bawah tu menandakan rumah sudah pun sesak. Susah ooo jaga budak-budak. Nasib baik Yasin ada pengalaman jadi pengawas kat sekolah.

jumpa kulaan


Kulaan tu maknanya saudara dalam bahasa banjar. Gambar ini diambil semasa Yasin balik bercuti di kampung mama. Dapat jumpa ramai kulaan. Kenalkan yang depan sekali tu Pakteh. Kat belakang sikit tu Paklang. Nampak tak Yasin sedang buat apa kat Paklang tu... Betuuul... Yasin curi-curi cabut uban Paklang. He... he... he...

salam perkenalan

Namaku Yasin. Ini adalah blog Yasin. Yasin buat blog ini sebagai album untuk Yasin letak gambar dan lukisan Yasin. Kawan-kawan nak tengok boleh tapi bagi la Yasin tengok album kawan-kawan pulak.