abang alley
Posted by
Ahmad Yasin
on Saturday 4 December 2010
Labels:
kenangan,
silaturrahim
/
Comments: (0)
Abang Alley ni orang Sarawak. Dia baik dan peramah. Dia kawan sebilik Angah di UITM Arau Perlis. Baru-baru ni dia ikut Angah balik ke KL sebab cuti pendek. Kalau balik Sarawak tidak berbaloi kerana tambang kapalterbang mahal. Kelihatan digambar dari kiri ialah Mama (nampak separuh), Abang Iwan, Yasin, Abang Alley dan Angah. Gambar ini diambil sewaktu kami membawa Abang Alley berjalan-jalan sambil shopping di downtown cheras.
singgah masjid
Posted by
Ahmad Yasin
Labels:
musafir,
semester baru,
uitm arau
/
Comments: (0)
Yasin pun dah lupa siapa yang jadi jurugambar ni? Senget-senget gambarnya. Tapi takpelah... yang penting ceritanya masa ni Yasin dan keluarga dalam misi menghantar balik Angah ke UITM Arau. Kami singgah solat di Masjid Besar Kangar. Kelihatan di gambar ialah Abah dan Mama Yasin. Yang lain-lain mana pegi tah?
layan rambutan
Open Hospital
Posted by
Ahmad Yasin
on Saturday 7 November 2009
/
Comments: (0)
keluargaku
Posted by
Ahmad Yasin
on Friday 28 August 2009
/
Comments: (1)
Sebenarnya gambar ni dah lama di ambil. Masa ni Yasin darjah dua. Mari Yasin perkenalkan. Di saf depan dari kiri tu Kaklong, tengah tu Yasin dan kanan sekali Kak Syada. Saf belakang pulak dari kiri Abang Iwan, Abah, Mama dan Angah. Bukan senang nak berkumpul dan bergambar satu keluarga gini sekarang.
jadi ketua
Posted by
Ahmad Yasin
/
Comments: (0)
Gambar ini diambil di atas tangga rumah Paklang. Masa tu Paklang buat kenduri pertunangan Kak Dila (anak Paklang). Jadi Yasin dilantik sebagai ketua menjaga sedara-sedara kecik tu supaya tidak serbu naik ke rumah pengantin. Tengok la selipar dan kasut kat bawah tu menandakan rumah sudah pun sesak. Susah ooo jaga budak-budak. Nasib baik Yasin ada pengalaman jadi pengawas kat sekolah.
jumpa kulaan
Posted by
Ahmad Yasin
/
Comments: (3)
Kulaan tu maknanya saudara dalam bahasa banjar. Gambar ini diambil semasa Yasin balik bercuti di kampung mama. Dapat jumpa ramai kulaan. Kenalkan yang depan sekali tu Pakteh. Kat belakang sikit tu Paklang. Nampak tak Yasin sedang buat apa kat Paklang tu... Betuuul... Yasin curi-curi cabut uban Paklang. He... he... he...